Picture
        14 JUN 2013, JUMAAT

        Sambutan ulang tahun Tuan Pengarah KV Segamat yang ke-59 telah disambut dengan sederhana tetapi meriah. Kelab Guru telah menyediakan kek dan sambutan memotong kek diadakan di hadapan pejabat.

        Happy Birthday Tn Hj Abd Rahim Bin Ahmad

 
 
Picture
        12-13 JUN 2013
        RABU-KHAMIS

        Kem ini sangat meletihkan tetapi amat seronok dengan pelbagai aktiviti. Antaranya ialah kawad kaki, masakan rimba, mengharungi halangan, persembahan budaya dan pertolongan cemas. Kem ini dirancang khas untuk pelajar-pelajar Diploma Vokasional Tahun 1 supaya tabah dan berani mengharungi pelbagai masalah dan rintangan dalam kehidupan. Tahniah dan syabas kepada semua...

 
 
Picture
    1-30 APRIL 2013

        Banyak aktiviti telah dijalankan sempena Bulan Bahasa. Antara aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ialah deklamasi sajak, pertandingan poster, explore race bahasa, kuiz dan trivia, poem singing dan mengarang esei.


 
 
Picture

    20 APRIL 2013, SABTU

        Fire drill asrama telah berjaya dilaksanakan bersama pasukan bomba Segamat. Blok-blok asrama berjaya dikosongkan dalam masa 5 minit. Latihan bermula pada pukul 12.30 pagi dan tamat pada 2.00 pagi.


 
 
Picture

        17 MEI 2013, JUMAAT

        Sambutan pada tahun ini agak sederhana tetapi masih meriah dengan sesi bergambar guru dan ceramah kerohanian di surau sekolah. 

        Selamat hari guru...

 
 
Picture
        
            Tahniah kepada pasukan-pasukan sukan dan permainan KV Segamat ke atas kejayaan masing-masing. Pasukan bola sepak berjaya mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Pasukan Ragbi mendapat Johan MSSD Segamat dan pasukan hoki mendapat Naib Johan MSSD Segamat. Acara balapan dan padang MSSD Segamat pula, KV Segamat berjaya mendapat 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa.

 
 
Picture
        21 Mac 2013, Khamis

        Tahniah kepada Nasrullah Khairullah 5Elen1 kerana berjaya mendapat 6A2B dalam SPM 2012. Pelajar 5Auto Mohamad Izzul pula berjaya mendapat 6A1B1D.

        Tahniah juga kepada para pelajar yang lain dan 'all the best in your future'.... . Syabas....

 
 
Picture

            Sabtu, 16 Mac 2013

            Tn. Hj. Mahdzub (tengah), Tn. Hj. Mohd Zabidi (kanan) dan En. Muzaimi (kiri) sedang melakukan tarian Semazau. Ini baru cikgu yang amanah....haha. Sehari berkursus hilanglah stress untuk seketika...



 
 
Picture

        Rabu, 13 Mac 2013

        Gotong-royong 5S dan pencegahan aedes telah dilaksanakan dengan jayanya. Guru-guru dan para pelajar bekerjasama untuk membersihkan dan menceriakan seluruh kawasan kolej. 


 
 
Picture
            15 MAC 2013, KHAMIS

            Ceramah kesihatan dan pemakanan sihat telah dijayakan oleh Syarikat AJINOMOTO. Para pelajar diajar cara memasak secara sihat dan mudah menggunakan perasa AJINOMOTO.

            Tahniah kepada semua yang telah menjayakan ceramah ini.

 
    Picture

    WARTAWAN

    En. SIng Kock Beng merupakan jurugambar dan wartawan sekolah yang mengumpul pelbagai peristiwa berlaku di sekolah.

    PILIH KATEGORI

    All
    All
    Guru
    KO AKADEMIK
    Ko Akademik
    Sambutan
    Sukan
    Umum

    KEJAYAAN